Kalendar Aktiviti
Jumlah hits
  • 45Pelawat Hari Ini:
  • 69Semalam:
  • 460Minggu Lepas:
  • 64Sehari:
  • 11810Jumlah:
  • 2Sedang Online:
  • 22. August 2009Semenjak:
Jejak Pelawat

SMKG menentang SMK Jeneri

Title: SMKG menentang SMK Jeneri
Location: Padang SMK Gulau
Description: SMK Gulau akan bertemu SMK Jeneri di padang SMK Gulau dalam perlawanan bola sepak.

Para penyokong sila hadir beramai-ramai memberi sokongan
Start Time: 17:00
Date: 2010-03-07

Keputusan Perlawanan.

Team Bola Sepak bawah 18 SMK Gulau menang dengan bergaya setelah menundukkan SMK Jeneri dengan jaringan 5-0.

Gol pertama diperolehi separuh masa pertama manakala bakinya pula dalam separuh masa kedua.

Persembahan yang ditunjukkan oleh pasukan SMK Gulau amat menarik, walaupun terdapat beberapa kesilapan.

Sokongan pihak luar dan pelajar menyuntik semangat juang kepada pasukan SMK Gulau.

Pengetua juga tidak ketinggalan menyaksikan pertandingan ini, semoga SMK Gulau terus menjadi contoh sebagaimana visi sekolah “MENJADI SEKOLAH CONTOH DALAM DAERAH MENJELANG 2010″

Pelajar-pelajar asrama dan yang tinggal di luar turut memberi sokongan.

Pengetua pun turut memberi sokongan, anda dapat mengesannya.

Wajah kegembiraan setelah Gulau menambah jaringan.

Gol ke 5 Gulau perolehi. Tahniah…

Gambar-gambar lain sila lihat di sini

Popularity: unranked [?]

Keputusan SPM, STAM

Keputusan SPM, STAM Diumum Khamis Depan

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumum pada Khamis depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, keputusan akan dikeluarkan di sekolah-sekolah mulai pukul 10 pagi.

Maklumat lanjut sila baca di sini

Popularity: unranked [?]

Maulidur Rasul 1431

Sambutan kali ini secara sederhana sahaja, tidak ada perarakan seperti tahu-tahun yang lalu, namun begitu ia berlangsung dengan penuh bermakna dan diisi padat dengan aktiviti ceramah dan kenduri kesyukuran.

Acara bermula pukul 1230 tengahari dengan Ceramah yang yang disampaikan oleh ustaz Rosmaini bin Rosli. Pelajar mendengar dengan penuh tekun, hiba dan sayu apabila ustaz menceritakan riwayat hidup Rasulullah, cara pergaulan, dan akhlaknya.

Pelajar dinasihatkan supaya menjadikan Rasulullah sebagai ikutan dalam segenap urusan.

Semoga ceramah-ceramah seperti ini dapat melembutkan hati kita dan sentiasa berusaha untuk menjadi insan yang soleh dan solehah.

Kepada individu yang bermurah hati mengadakan kenduri kesyukuran, terima kasih tak terhingga kita berikan.

Pelajar dan guru serta penceramah dihidangkan dengan jamuan nasi putih beserta kurma daging dan air tembikai selepas selesai ceramah.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran sesi petang berjalan seperti biasa.

Popularity: unranked [?]

Guru Mungkin Diwajib Berkhidmat Di Sekolah Pendalaman

Guru Mungkin Diwajib Berkhidmat Di Sekolah Pendalaman – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang mewajibkan guru berkhidmat di kawasan pedalaman antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya langkah itu penting bagi mengatasi masalah guru yang enggan mengajar di kawasan pedalaman walaupun kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dan insentif sebagai galakan.

“Saya berpendapat dalam tempoh 30 tahun perkhidmatan, mungkin tiga hingga lima tahun, mereka boleh berkhidmat di sekolah kawasan pedalaman sebagai satu kewajipan dan bukan sebagai satu pilihan,” katanya dalam program wawancara ‘Agenda Awani’ siaran Asto Awani malam tadi.

Berita lanjut baca sini

Komen;

Saya dulu pun ngajar kat pedalaman juga, 4 tahun kat Sarawak, ngajar anak Bidayuh, boleh belajar Bahasa Bidayuh.

Popularity: unranked [?]

UserOnline
Pages
open all | close all
Categories
open all | close all
Pelawat dari..